Sebagai seorang penggemar aktiviti luar serta lasak, saya telah memulakan pengalaman saya sebagai seorang Outdoor Trainer di Wilderness Centre Sdn Bhd di Langkawi pada tahun 2006.  Ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Aktiviti Outdoor

Aktiviti-aktiviti lasak yang pernah saya terbabit merangkumi High Ropes Course, Sea Kayaking, Jungle Trekking, Sailing, Initiative Activities, Expeditions, Tall Ship Training dan Abseiling.  Para jurulatih atau dikenali juga sebagai Outdoor Trainer turut membabitkan golongan wanita yang bergiat aktif dan sama-sama lasak. Tiada istilah kasihan untuk golongan hawa yang menceburi bidang ini mungkin kerana minat serta latihan yang sesuai untuk bersaing dengan kaum lelaki kerana setiap jurulatih aktiviti luar mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.

Walaupun sudah menamatkan karier di syarikat Wilderness Centre, disebabkan minat saya serta pengalaman yang masih diperlukan di dalam bidang outdoor, saya kini meneruskan kegiatan luar secara freelance. Namun kepuasan serta ketenangan dapat dicapai sewaktu aktiviti dijalankan.

Kegiatan outdoor terkini saya adalah sebagai seorang fasilitator untuk pelajar-pelajar tahun 10 sebuah sekolah antarabangsa terkemuka di ibukota di mana kami telah berkampung di Earth Camp, Nomad Gopeng.

Aktiviti Lasak Untuk SemuaAktiviti hari pertama bermula dengan simulasi latihan sebagai persediaan fasilitator yang akan bersama-sama pelajar terbabit sepanjang kursus diadakan. Kami memberi tunjuk ajar kepada kumpulan seramai 15 hingga 19 orang, tidak termasuk guru pengiring, sebelum aktiviti diadakan sepanjang program ini.

Pada hari keduanya, peserta tiba seawal 10 pagi seolah-olah tidak sabar untuk melakukan aktiviti luar yg telah disediakan. Caving atau meneroka gua adalah aktiviti pertama di mana peserta menimba pengalaman yang menyeronokkan dengan memasuki ruang yang sempit, licin, mendaki, menuruni batu serta berpeluang melihat peninggalan Jepun dan komunis yang terdapat di situ.

Kekuatan Diri

Kekuatan mental dan fizikal terutama sekali bagi pelajar yang fobia kepada ketinggian dan kegelapan diuji secara individu dan berkumpulan di hari kedua di Mountain School menerusi aktiviti lasak melibatkan High Rope seperti Rock Climbing, Leap Of Faith, Silence Cave, Giant Swing dan banyak lagi.

Aktiviti Lasak Untuk SemuaAktiviti berakit atau dikenali White Water Raft berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Terjatuh dari rakit getah, terminum air sungai dan rakit terbalik antara kemestian semasa aktiviti ini dijalankan. Raft Guide yang memimpin setiap rakit sangat berpengalaman tentang selok belok sungai sambil bercerita nama-nama jeram yang dilalui mereka.

Dalam sesi kedua, peserta berpeluang mengemudi sendiri rakit dengan Raft Guide menjadi pemerhati dari kayak yang berlainan. Walaupun tiada jeram yang berbahaya, namun ia tetap berisiko kerana peserta tidak mempunyai pengalaman.

Aktiviti lasak tidak mengenali jantina ataupun usia kerana setiap individu hanya berlumba dan mencabar dirinya sendiri untuk berjaya melakukannya. Kegiatan luar / aktiviti lasak / outdoor ini mempunyai garis panduan serta peraturan yang mudah untuk diikuti, untuk memastikan segala aktiviti dapat dijalankan dengan selamat dan penuh keriangan.

Pelbagai Aktiviti

Kita sangat beruntung kerana dikurniakan khazanah alam semulajadi yang sangat indah dan unik. Pelancong dari negara luar berlumba-lumba untuk melakukan aktiviti luar yang dianggap di antara yang terbaik di dunia. Dengan hanya bermodalkan alam semulajadi, pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk menyelam skuba, snorkeling, berkayak di lautan dan paya bakau, memanjat batu, rock climbing, waterfall abseiling, meneroka gua (caving), jungle trekking, white water rafting, sailing dan lain-lain.

Kesimpulannya, sesiapa juga boleh melakukan aktiviti mencabar sesuai dengan keinginan masing-masing dengan syarat haruslah terlebih dahulu menimba ilmu, mengikut garis panduan serta membuat persediaan yang rapi secara mental dan fizikal selari dengan aktiviti yang ingin diceburi. Apabila langkah-langkah di atas telah diambil, maka risiko kemalangan akan dapat dikurangkan kerana dalam bidang outdoor mencegah dari berlaku sebarang kemalangan adalah lebih baik.

Aktiviti Lasak Untuk SemuaSekiranya anda ingin melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ahli keluarga termasuk semua lapisan umur, maka pilihlah aktiviti yang rendah risiko serta kurang melibatkan fizikal, namun tetap boleh menggembirakan seperti perkhemahan, Nature Walk, Wall Climbing, Paintball dan lain-lain.

Teks  dan foto:
Mohammad Rizal Jali, Outdoor Trainer
Jurulatih Kegiatan Luar / Lasak

By | 2016-11-04T22:27:44+00:00 November 17th, 2015|Uncategorized|Comments Off on Aktiviti Lasak Untuk Semua