Aiskrim Nestlé dibekukan oleh sinar suria!

Nestlé Ice Cream lancarkan Kios Aiskrim Tenaga Suria pertama dunia secara rasmi
di Malaysia

Selangor, 18 Mac 2019: Nestlé Ice-Cream melancarkan secara rasmi Kios Aiskrim Tenaga Suria yang pertama dunia di Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Pelancaran ini adalah selaras dengan usaha Nestlé dalam menangani perubahan iklim dan telah dirasmikan oleh Hans-Ulrich Mayer, Ketua Unit Perniagaan Strategik Nestlé Ice Cream, Nestlé S.A., Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestlé (Malaysia) Berhad, dan Calvin Ho, Pengurus Besar Kanan, Sunway Theme Parks.

Kios Aiskrim Tenaga Suria yang revolusi ini menjanakan tenaga daripada sinaran matahari menerusi panel fotovoltaik (PV) yang terletak pada bumbungnya untuk memastikan aiskrim dalam penyejuk beku, kekal beku daripada suhu luar 35 °C kepada suhu maksimum -25 °C, tanpa kos tenaga.

Photo 03 Mr. Calvin Ho,Senior General Manager of Sunway Theme Parks, Mr. Hans-Ulrich Mayer, Mr. Teo Heng Keat andMr. Sean Choo, General Manager of Sunway Theme Parksposing for a group photo
Mr. Calvin Ho,Senior General Manager of Sunway Theme Parks, Mr. Hans-Ulrich Mayer, Mr. Teo Heng Keat andMr. Sean Choo, General Manager of Sunway Theme Parks posing for a group photo.

“Ia merupakan perjalanan inovasi bagi penyelidikan dan perancangan untuk membangunkan teknologi Kios Ais Krim Tenaga Suria. Kami sangat berbesar hati untuk melancarkan innovasi baru untuk penyejuk beku kami di Malaysia. Usaha kami hari ini adalah sejajar dengan matlamat kelestarian Nestlé untuk menjana 100% keperluan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui,” kata En. Mayer.

“Kami memperkenalkan Kios Aiskrim Tenaga Suria untuk melanjutkan komitmen kelestarian kami kepada alam sekitar yang kami beroperasi dalam. Sebelum Kios Aiskrim Tenaga Suria ini, kami telah memperkenalkan 13,000 Penyejuk Beku Eko di seluruh Malaysia pada tahun 2015. penyejuk beku ini memerlukan setengah tenaga dibandingkan model yang dahulu dan menggunakan penyejuk beku semulajadi untuk mengekalkan ais krim pada suhu yang tepat.,” kata En. Teo

Setiap satu Kios Aiskrim Tenaga Suria berfungsi 100% tanpa bekalan elektrik dan boleh mengurangkan emisi karbon dioksida sehingga 263kg setahun. Pengecasan yang dijanakan oleh sinaran suria dalam sehari boleh membekalkan tenaga kepada Kios Aiskrim Tenaga Suria Nestlè selama dua atau tiga hari.

The solar panels on top of the Solar Powered Kiosk.
The solar panels on top of the Solar Powered Kiosk.

Tambahan lagi, keupayaan tersendiri ini juga membolehkan kios ini dibuka dengan mudah di lokasi pedalaman dan di tempat tumpuan ramai, yang tidak mempunyai capaian kepada tenaga elektrik – seperti pasar malam, tepi pantai atau taman.

“Malaysia merupakan negara yang terbaik untuk memperkenalkan Kios Aiskrim Tenaga Suria kami, terutamanya lebih-lebih lagi dengan limpahan sinar matahari sepanjang tahun. Kami berharap dengan adanya kios ini, kami dapat memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk turut menyahut cabaran dan mencari cara baharu untuk mengurangkan emisi dan menjadi Hijau,” rumus En. Teo.

Nestlé Ice Cream Malaysia bercadang untuk melancarkan lebih banyak Kios Tenaga Suria di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Kios Aiskrim Tenaga Suria telah diperkenalkan semasa pelancaran di Sunway Lagoon di mana media mempunyai peluang untuk mendapat peluang untuk menyaksikan demonstrasi bagaimana kios ditubuhkan serta fungsinya. Untuk memperingati pelancaran itu, Nestlé Ice Cream Malaysia juga memberikan ais krim percuma kepada orang ramai. Kios Aiskrim Tenaga Suria Nestlé kini terletak di Sunway Lagoon dan dikendalikan setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts