Kuala Lumpur, 2 November 2019 – Setiap atlet ingin pencapaian yang terbaik dan akan mencabar dirinya untuk mencapai prestasi dimana dia melangkaui kekuatan fizikal, kelajuan dan daya tahan. Untuk membantu para atlet dan orang aktif kekal bersaing, rangkaian deodoran Adidas Performance memenuhi keperluan penjagaan diri seorang lelaki moden dan atletik.

Bersempena dengan pelancaran Adidas Adipure yang baharu, Adidas memberikan 15 pemenang bertuah peluang eksklusif untuk memenangi tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini pada 2 November.  Pada perlawanan itu, para pemenang mendapat peluang untuk menonton perlawanan secara unik yang eksklusif, termasuk pengangkutan khusus yang disediakan ke perlawanan tersebut, barangan Adidas dan lawatan ke Adidas Body Care Experience di stadium yang menampilkan rangkaian deodoran Adidas Performance. Semua pengunjung yang telah mengunjungi Adidas Body Care Experience tersebut diberi peluang menguji kebolehan atletik mereka dengan bermain permainan menarik untuk memenangi produk dan barangan Adidas termasuk tiket tambahan ke perlawanan akhir.

Rangkaian produk Adidas Performance terdiri daripada:

  • ADIPURE 48H yang baharu menawarkan Prestasi Tulen dengan perlindungan odor yang optima sepanjang hari, oleh sebab Cotton Tech™ yang dipatenkan.  Ia mesra kulit, dengan formula bebas-alkohol yang mengandungi 0% garam alu serta menghormati tahap PH semulajadi kulit sambil membolehkan kulit bernafas melalui sesi latihan yang ekstrem;
  • ADIPOWER 72H menggunakan teknologi tindak balas badan pintar yang dicetuskan oleh haba dan pergerakan untuk Prestasi Maksium, dan memberi perlindungan yang tahan lama untuk mengekalkan kelembapan dan memerangkap odor; dan
  • CLIMACOOL 48H melepaskan kesegaran di dalam setiap pergerakan sewaktu aktif, ia memberikan pengguna Prestasi Cemerlang Dalam Gerakan untuk senaman yang sentiasa menyegarkan.

Dapatkan rangkaian penuh Adidas Performance yang merangkumi gel mandian, roll-on dan semburan deodoran – ADIPURE 48H, ADIPOWER 72H dan CLIMACOOL 48H – di kedai-kedai penjagaan diri, dengan harga runcit dari RM8.90 ke RM17.90.

Adidas Adipure Yang Baharu Menyempurnakan Rangkaian Adidas Performance Untuk Lelaki Aktif
Adidas Adipure Yang Baharu Menyempurnakan Rangkaian Adidas Performance Untuk Lelaki Aktif

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Adidas, sila lawati https://www.adidasbodycare.com/de