1. Taman KLCC
    Taman KLCC
    Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, Taman KLCC adalah merupakan sebuah taman awam yang unik dengan tema dan konsep moden terkini. Dengan keluasan 50 ekar, taman ini menyediakan lanskap tropika yang hijau dengan ciri-ciri air yang telah direka khas. Taman KLCC ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk semua aktiviti seperti taman permainan kanak-kanak, simfoni air pancut, kolam, trek jogging, tempat berkelah, tempat perlindungan dan bangku istirehat serta laluan pejalan kaki. Tiada caj dikenakan kepada pengunjung ke taman ini.
  1. Taman Tasik Titiwangsa
    Taman Tasik TitiwangsaTaman Tasik Titiwangsa adalah taman yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti riadah bersama keluarga. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di taman ini termasuk trek basikal dan jogging, basikal air, berkanu dan aktiviti luar yang lain. Satu kemudahan unik yang terdapat di taman ini adalah kemudahan menunggang kuda dan trek litar lumba kereta kawalan jauh. Terdapat juga beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman kepada pengunjung.
  1. Taman Lembah Kiara
    Taman Lembah KiaraTerletak di Taman Tun Dr. Ismail, Taman Lembah Kiara menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti trek jogging, stesen senaman, taman permainan kanak-kanak, tempat berkelah dan laluan pejalan kaki serta berbasikal. Dikelilingi hutan hijau yang subur, pengunjung yang sukakan cabaran, taman ini adalah sesuai untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti mendaki bukit dan berbasikal gunung.
  1. Taman Botani Perdana
    5 Taman-Taman Yang Menarik di Kuala Lumpur Taman Botani Perdana adalah salah satu taman yang tertua di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk seisi keluarga seperti dua taman permainan kanak-kanak yang besar, trek jogging, stesen senaman, trek yang sesuai untuk kasut roda, basikal dan kawasan hijau yang luas untuk bermain bola sepak atau berkelah. Di sekitar taman tersebut, pengunjung juga dapat melawat tempat-tempat menarik seperti Taman Rama-Rama, Taman Rusa dan Taman Orkid.
  1. Taman Metropolitan Kepong
    Taman Metropolitan Kepong dikenali dengan tarikan aktiviti permainan layang-layang. Selain itu, taman ini menyediakan kemudahan untuk memancing, trek basikal dan jogging, taman permainan kanak-kanak, kemudahan untuk reflexologi, padang bola sepak dan stesen senaman. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman dan layang-layang dengan pelbagai saiz dan warna.